.::life has begin::.

hampir sudah..

Posted by: wardah on: September 17, 2009

benci ah kena tinggal sorang² di rumah..tak suka!!tapi tak mengapalah, demi ’so far so good’ isteri relakan suami nya keluar sekejap..

benci lagi ah..kenapa tinggal 3 hari saja lagi nak beraya kena buat kerja semua segala macam lagi? mood dah tarak ni..dah teringat ingat kampung halaman nun jauh di mata..ahahaha jauh sangat la gombak ngan setapak tu..ni apsal semua klinik nak tutup di hari raya? kena bagi email kat semua staff pula Pemberitahuan : Klinik-klinik Tutup..kalau sakit sila terus menuju ke hospital..atau klinik setia! ahahaha, benci..

ok, kenapa entry hari ni macam ni?..

 

cerita plan beraya suami-isteri

 

cuti pun tak lama memandangkan suami isteri dua² pun orang “Kolumpo”..takda istilah gaduh nak raya kat mana dulu..selang sejam pun boleh lari² balik rumah mak masing²..nenek, makcik, sedara mara semua pun satu kampung..senang keje!!tak dinafikan pertama kali nak beraya sebagai isteri orang ni perasaannya lain macam..teruja, terharu, gumbira, sedih semua pun ada..tak sabar nak cium tangan suami di pagi hari raya..nak mintak ampun sebab selalu je melawan cakap dia, degil betul ni..pastu nak paksa dia bagi duit raya kat saya!!hihihi…

raya kedua maybe balik kuala selangor..tempat jatuh lagi kan di kenang, inikan pula tempat main kejar² ngan angsa, kutip buah koko dan naik basikal tua..tskk, sedey..

raya ketiga dan keempat, tiada perancangan..mungkin beraya di rumah rakan² serta sedara mara berdekatan..besar kemungkinan rumah puan ajeni mama iqbal..mak dia masak mihun sup sedap!

raya kelima dan enam..KERJA!! *__*

hujung minggu sabtu dan ahad Insya’Allah bergerak gerak khas ke Grik..ini kampung FIL..buat pertama kali akan menjejak kaki ke sana..teruja!

plan untuk seminggu dulu..raya² minggu seterusnya belum tau lagi..

dengan ini, di kesempatan ini saya mahu mengucapkan..

“Salam Aidilfitri buat semua..maaf zahir dan batin”

mudah-mudahan amalan dalam bulan Ramadhan diberkati, mudah-mudahan Allah panjangkan usia bertemu Ramadhan tahun depan..Insya’Allah.. 

 

salam sayang,

wifey mr.pablo..

 

eh, belum nk signing off..nak tempek gambar sat..

ini iftar terkahir di luar..bersama bff..dan juga hubby memasing..sedikit menyeringai sebab terlampau happy..

IMG 040edtd

*the wifey and mummy-to-be*

IMG 044edtd

*the husband and papa-to-be*

ok, sekarang nak signing off..ini siries!..tata..

 

salam mesra,

wifey mr. pablo

 

kena lagi!

Posted by: wardah on: September 10, 2009

tadi dalam perjalanan ke tempat kerja, seperti biasa dengar hot fm..topik hot chat pagi ini ialah kejadian 09.09.09..pendengar boleh call dan cerita apa pengalaman istimewa mereka semalam..memandangkan semalam tarikhnya sangat cantik dan sekali seumur hidup..

ok..saya pun ada cerita istimewa juga..tapi memandangkan tak berani dan malu serta segan melampau-lampau nak call hot fm, jadi cerita sajalah di blog..hihi..

semalam suami ambil pulang kerja awal (jarang dapat pulang awal…selalunya dia kerja lebih masa) hati ni gembira memang tak boleh nak kata lagi dah..dapat call saja terus kemas-kemas dan excited naik kereta..duduk-duduk je mulut dah mula bercerita kejadian-kejadian yang berlaku sepanjang satu hari di office..tengah² excited tu, terkesima sekejap..

“aik, asal lalu jalan ni..ni bukan jalan balik rumah”  tanya isteri..

tanpa memandang isterinya, suami jawab “pergi rumah amin..dia mintak tolong tengok kan pc dia”

ok…dalam hati sudah ada rasa tak berapa best! tapi masih diam dan mula dah macam start nak muncung²..pelik!asal suami macam tak rasa bersalah buat plan tak bagitau isteri ni?..takpe, takpe..

lagi pelik bila dia lalu jalan yang takda kene mengena nak pergi rumah cousin dia itu..ini sudah musykil..

“nak pergi mana sebenarnya ni” isteri dia dah mula buat soal siasat..

tapi mula tersenyum dan gelak sorang² bila masuk jalan ampang dan nampak great eastern mall di depan mata..tettttt!!saya kena tipu dengan suami…rupanya agenda beliau nak buat surprise untuk isteri..hihi..

kami berbuka di Cozy House Great Eastern Mall..restoran ni bersejarah..Ramadhan tahun lepas, kami berbuka bersama di sini..langkah pertama yang akhirnya membawa kami ke jinjang pelamin..surprise semalam kiranya menyambut ulangtahun pertama perkenalan kami..saya sangat gembira walaupun kena gelak sebab banyak kali tertipu.

pesanan untuk suami : takpe, takpe..ada ubi ada batas, jangan sampai satu hari nanti awak dapat panggilan hangit!!hehehe

09.09.09

Posted by: wardah on: September 9, 2009

terasa nak update..hanya kerana tarikh berikut sungguh lah cantik!

sudah 19 Ramadhan..Alhamdulillah, masih berpuasa..Alhamdulillah juga setiap hari dapat sediakan sahur untuk suami (walaupun se simple simple lauk)..cuma sekarang jarang dapat berterawikh..kadang2 suami bekerja di malam hari..jadi tak boleh ke surau seorang diri..(macam pantun)..

Ramadhan kali ini harapnya akan kekal dalam ingatan kami sampai bila²..Ramadhan ini juga ada yang menerima berita gembira..rezeki yang tak di sangka-sangka..tak kurang juga ada yang kehilangan harta benda, orang² tersayang..

 

Allah itu Maha Adil..

Allah itu Maha Besar..

Allah itu Maha Penyayang dan Pengasih

 

buku nota kecil : takziah buat keluarga Kak Nani..semoga arwah suami ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..Al-Fatihah..

2 bulan sudah..

Posted by: wardah on: August 26, 2009

DSC09407

1

 

Hari ni dah masuk hari ke 5 kita berpuasa..dan hari ini juga sudah 2 bulan bergelar isteri kepada ‘beliau yang saya sayangi’..2 bulan yang sangat indah bagi saya..dan harap-harap bagi ‘beliau’ juga..(hep!beranilah kata tak indah)..

Sebelum kahwin rasa sangat takut..takut tak dapat beri yang terbaik..permulaan kehidupan tu memang banyak la yang kena adjust..yerlah, sebelum ni kita fikir diri kita sendiri je..takda masa nak fikir kehendak orang lain pun..tapi sekarang dah lain..semua benda pun kena balik dan bincang dengan suami..bukan tak boleh buat keputusan sendiri, tapi elok lagi kalau dapat izin suami..orang kata 3 tahun pertama ni sesi menyesuaikan diri..(3 tahun ke 3 bulan..lupe)..saya rasa macam betul..mula-mula nak sesuaikan diri hidup berdua..selisih pendapat tu biasa..sedangkan lidah lagi tergigit kan..ini kan pula suami isteri..tapi, lama-lama jadi biasa..kena pandai-pandai bawa berbincang walaupun selalunya bincang dengan air mata je..haha..

Alhamdulillah I found him..dulu rasa macam..ada ke lelaki yang baik hati serta kelakar juga beriman lagi di dunia ini? rupa-rupanya ada..hihi..manusia tak sempurna kan..ada kekurangan dan kelebihan..kekurangan tu yang sepatutnya kita kena terima..bukan saje kelebihan..sebab itu yang melengkapkan sepasang suami isteri tu..hah, dah macam rancangan semanis kurma dah entry ni..

Jadi, saya nak ucapkan selamat ulang tahun sayangggg…eh, bukan ulangtahun..bak kata anil, ulangbulan..hihi..

 

terima kasih kerana memlilih saya sebagai isteri..

terima kasih kerana memahami saya lebih dari orang lain..

terima kasih sebab berani juga ngorat saya..ahaha

i lap u..

 

sabar..

Posted by: wardah on: August 21, 2009

salah ke kalau kita cakap..

“sabarlah, semua ini pasti ada hikmah”

klisye? yup..mungkin juga..

hakikatnya hanya itu yang mampu di beri kepada dia..

tolong? perkara itu bukan hak kita untuk di tolong..

itu kerja Allah…DIA kan yang berhak..

kenapa tak percaya kan Allah ke?

percaya lah..

jadi?

sabar itu saja penyelesaian nya..

tambah kan dengan do’a yang tak putus²..

putus asa tu tak baik..berusahalah

jangan meratap begini..

dah, senyum..

:)

marhaban ya Ramadhan

Posted by: wardah on: August 20, 2009

lusa Insya’Allah mula berpuasa..mulalah bulan yang di tunggu-tunggu..bulan yang dijanjikan 1001 kemanisan dan pahala yang berlipat kali ganda..

oh saya sangat tak sabar menunggu kedatangan Ramadhan..

perasan atau tidak..malam² Ramadhan sangat menenangkan..walau penat seharian di pejabat tak terasa..seboleh boleh mahu menunaikan solat sunat tarawikh di masjid..kalau kena tinggal dengan ayah, muncung panjang sedepa dah..dah MULAI rindu la ni..

tapi selalunya awal Ramadhan je rajin, pastu rajin bangun sahur..tiba hujung² semua jadi liat..Insya’Allah tahun ni dapat berbuka, sahur bersama suami..pertama kali bersahur berdua..macam manalah agaknya kan..harap² dapat lebih istiqamah dalam amalan..dan tarawikh serta sahur hingga akhir Ramadhan..

Insya’Allah..

selamat menyambut Ramadhan Kareem, Ramadhan al-mubarak semua.. :)

lelaki baru dalam hidup

Posted by: wardah on: August 17, 2009

ada lelaki baru dalam hidup saya..cinta baru saya..

kenalkan..afiq harris bin saifuddin..

IMG_5849

*cayang die*

dialah tumpuan utama dalam keluarga sekarang ni..kalau tak jumpa sehari pasti rindu demdam jadinya..cucu pertama dalam keluarga, sudah mesti jadi tumpuan..

oh, selama ni afiq la yang selalu tendang² perut mummy ye? baru ibu tauu!! (baca:saya paksa afiq panggil saya ibu..xmalu?lantaklah..har har har)..muka afiq masa baru lahir merah..tau tak kenapa? sebab mummy afiq malam sebelum tu makan tomyam dengan hebat nya..agaknya sebab panas afiq terus nak keluar..hahaha..

kenapa baby sangat comel kan? geram je tengok..mudah-mudahan ada rezeki untuk kami juga.. :)

buku nota kecil : Al-Fatihah atas pemergian Ustaz Asri..takziah buat keluarga beliau..

 

perubahan selepas kahwin:fizikal?

Posted by: wardah on: August 7, 2009

topik hot fm pagi ini seperti di atas..

saya seperti nama yang tertera, walaupun baru sebulan beberapa hari berkahwin tetap merasa perubahan pada diri kami suami isteri..

tak lain tak bukan..perubahan fizikal..hahahaha..

kerana…walau sudah gedemps masing² masih lagi menerima jemputan dari sifu Ahmad Fairus boss myphotographer..jemputan sebagai model untuk kelas fotografi beliau..saya malu!!sebab sudah sangat gedemps..dan beliau pun perasan akan perubahan saya..pasnih confirm..tak kan mau nye die amek saya dan mr.pablo ayemo lagi..

apepun..terima kasih kerana sudi jemput kami..membelah bukit bukau..amatlah penat..sudah lah tak teragak² memakai high heels..bile sudah penat redah pule dgn crocs..sgt selesa!!balik rumah, sakit pinggang..dan esok nye..MC!!parah..nak sgt jd model..amek lah kau!!

gambar di songlap dari mereka² seperti nama di bawah..arigato semua..

 

3767564057_8acb16793e

*ini dari puan BUNGA..peserta bengkel*

3760583999_53958968dd

* hakmilik nazrulsyam *

3773823330_84a0ce50e5

* abg sirreh from silverpicture punya keje *

 

kesimpulan kepada topik hot fm pagi tadi..apa pun perubahan pada diri suami isteri itu, silalah terima dengan redha..ingat akad nikah tu..ingat!!ahahaha..tak kira fizikal die berubah bagaimanapun..silalah redha..*wink kt mr.ayemo* ahaha..

* motif ambil gambar secara duduk adalah bagi mengelakkan dari ternampak drumstick.. :p

 

our 1st candlelite dinner..

Posted by: wardah on: July 30, 2009

menu    : maggi kari berapi + dim sum segera

tempat : dining hall umah kecil comel kami

mood    : romantik gile..siap dancing² ala² princess n prince charming..

muzik latar : permaisuri ku (jay jay) + the climb (miley cyrus)

dengan bajet tak sampai RM10..anda juga boleh menikmati makan malam penuh suasana romantik bersama suami anda..nak lebih romanstik, nyalakan lilin ye..jgn lupe..padamkan semua lampu..makan saje dalam gelap..

cubalah..anda pasti bahagia..

:)

hidup makin sukar..

Posted by: wardah on: July 29, 2009

hidup sekarang makin sukar..jgn salah faham ye..bkn sukar kerana sudah berkahwin..tapi sukar kerana sudah bertukar ke unit baru..tak suke!sebab dah hilang kebebasan ber blogging.. :p kalau kat rumah pula dah tentu di kuasai suami..yelah, ada kuasa veto kan sekarang..takpe..takpe..

sudah tak punya masa menaip entry berjela² lagi..hukhuk..ini pon saya sudah gian..maka jadilah entry hari ini..luahan perasaan ni..sila lah mendengar..terima kasih..

walaupun dan kahwin tapi weekend kami tetaplah sarat dengan aktiviti²..tak ke mana pun, cuma balik umah ayah saya dan umah mak mentua..inilah seronoknya umah dekat² ni..hikhik..

dah lama tak jengah blog kamu² yang lain..saya gembira bila baca yang ada antara kamu yang sudah berbadan dua..tahniah u olls!!saya? masih samar² lagi..Insya’Allah ada rezeki masing² kan..

marilah layan gambar dahulu..ini semasa honeymoon kami di cherating..perjalanan dari KL lebih kurang 4 jam..sepanjang perjalanan saya cuba menahan mata dari terkatup!habit saya kalau naik kenderaan haruslah terus tertidur..entah mengapakan..kecuali naik moto lah..

IMG_2722

+ checking in..Impiana Cherating +

IMG_2733

+ katil dia..very the classic gitu +

IMG_2884edtd

+ kedai kopi..ehehe +

IMG_3012edtd

+ posing di lobby Awana Kijal +

IMG_3024

+ aktiviti wajib..shopping! +

tak banyak aktiviti yang kami lakukan..cuma berjalan² di tepi pantai sambil berpegang² tangan, berlari-lari anak konon² mcm dlm cite hindustan..hihi..kt cherating tak banyak aktviti pon..but we had fun..berada bersama orang tersayang di mana² pun akan terasa seronok dan amat bahagia..jika ada masa dan bajet lagi lepas ni kami pasti mahu kembali ke Impiana..sebab bayak kenangan di sana.. :)

When is my wedding
Wedding Ticker from WhenIsMyWedding.com

.::MNR Wedding Photography::.

Ain & Rodhi

Ain & Rodhi

More Photos