.::life has begin::.

Author Archive

salam all,

gila lama tak update blog yang satu ini. sebenarnya tuan tanah dah ada blog baru. hehehe. sudah beberapa bulan bertapak di sana sehingga terus melupakan tanah yang satu ini.

sila lawati daerah yang ini pula. di sana mood nya lebih ceria. hehehe

http://mypreggieland.blogspot.com

Advertisements

these photos were actually taken months ago. only now ada masa to blog about it. hihi. im shorry!! (ala-ala amir raja lawak 4)..

ini linda bersama suaminya mr.bob. linda adalah salah seorang client MNR photography yang sangat loyal dan juga kawan baik saya. hehe patutlah loyal sungguh. sebelum ini suami shot untuk wedding mereka. sekarang bila badan sudah ada dua (berbadan dua maksud saya) linda minta suami shot pula pregnancy photo.

teruja! belum pernah suami buat kerja ini sebelum ini. pregnancy photo shoot pada saya memerlukan moments yang mantap! terima kasih linda kerana mempercayai MNR photography. hihi.

maka, pada pagi-pagi hari di suatu minggu yang telah luput tarikhnya dari ingatan, bergeraklah kami ke suatu tempat yang telah dipilih. lokasi kali ini Taman Metropolitan Kepong. ala, tempat orang main layang-layang ramai tu. boleh nampak dari tepi jalan MRR2 jika anda dari selayang menuju ke sungai buloh. linda sangat baik hati kerana membawa bersama nasi goreng, air teh dan jajan untuk kami breakfast bersama. sweet!

maka, inilah hasil setengah hari di taman layang-layang. sungguh pun kesian betul tengok linda terpaksa berjalan membawa perut nya itu tapi kami puas. dan rasanya beliau juga begitu. dari sumber yang boleh dipercayai. hihi

bilakah masa untuk pregnancy photo shoot saya pula mr.ayemo? adakah minggu hadapan tatkala kita bercuti di bali? hahaha..jangan harap, kalau dapat pergi port dickson sekarang pun sangat beruntung ye..

dilema..

selain di wordpress ini saya juga mempunyai sebuah lagi blog persendiran ber hostingkan blogspot..managing blog with blogspot adalah awesome kerana kita boleh mentaruh di situ Nuffnang! tapi saya baru menyedari benda itu setelah membuka blog di wordpress..tahniah di atas kepandaian diri sendiri!tepuk tepuk! +__+

tiba-tiba terasa mahu beralih arah dan pergi sahaja selamanya dari blog ini dan meneruskan dengan blogspot itu..tapi di sinilah permulaan segalanya bagi diri ini dengan dunia blogging..oh macam sungguh frust nak tinggalkan dia..ini kerana:

  • bersama si dia inilah saya belajar mengenal apa itu blogging
  • bersama si dia saya bercerita perihal perjalanan Perkahwinan saya
  • bersama si dia saya mengenal teman-teman maya yang lain..

semuanya adalah sangat priceless bagi saya..oh oh..dilema sungguh..tapi memegang slogan hidup harus diteruskan maka mungkin akan open juga blog di blogspot itu dan meneruskan perjalanan cerita kehidupan yang lebih awesome untuk 2010 dan akan datang..insya’Allah..

cheers to 2o1o!

ini produk review..cuba mempelbagaikan isi kandung blog..kah kah..loser!

baiklah..hari ini produk pertama ialah KIWI KLEEN-IRON STARCH..ketahuan tentang produk ini pon daripada en.google juga..

satu hari berfikir, rasa teringin sangat memakai shawl macam anak² remaja zaman sekarang pakai..rasa sangat menawan..apatah lagi bila shawl mereka berkaler riang..kaler lollipop ada, rainbow ada..abstrak yg hot pon ada..kelihatan sangat mulus di kepala mereka, cantik terbentuk..macam mana eh diorang pakai? macam tak ada apa² masalah awning penyek pun? kenapa saya pakai tak jadi macam tu eh? ok, ini masalah peribadi..jadi, dengan harapan yang tinggi men google cara-cara bentuk shawl..dan google selalu tidak menghampakan saya..

tadaaaa…penemuan kepada masalah awning shawl penyet ke penyek? mana² yang selesa..

terdapat dalam dua haruman..regular dan lemon..saya pilih lemon sebab ia menjadikan kain yang digosok ber bau segar..oh, lupa bagitau yang spray bukan hanya untuk shawl malahan baju kemeja suami atau baju sutera batik hari khamis pon boleh ye..jadi tak perlu susah² sejuk kan dalam freezer lagi ye linda.. :p , balik kepada tajuk..saya dah beli dah hasilnya sangat menakjubkan..dengan harga RM7.90 anda pasti berpuas hati dengan bentuk awning shawl anda selepas ini..

cara kegunaan: spray pada bahagian awning sahaja kemudian gosok..mudah kan? dan ini lah hasil nya..

tak secantik anak² remaja yang lain pakai lagi..ini baru permulaan..fisrt timer, bagilah kelonggaran sikit..dah otai nanti boleh tunjuk close up..hihi

oh ye,yang paling belakang adalah tuan punya kata²..click image to enlarge..tak perlulah, malu pula..haha..

selamat mencuba..

diam tak diam dah almost 3 bulan blog tidak dapat di hapdet..entah kenapa, padahal nya internet connection sentiasa ada sahaja..takde pon ada masalah..kat rumah, kat opis semua pun boleh access..hari-hari pon sibuk terjah blog-blog lain..takda masalah pun..jadi apa masalah sebenarnya?

hahaha..entah lah tak tau..tapi kadang² pernah juga terpikir..apa motifnya buat blog ini? nak buat blog yang bermanfaat macam contoh reviews on produk ke, bagi personal view on some issues..food blogger best juga ye..tak mengapalah, berbalik kepada niat mula² sign up kt wordpress ini..blogging sebab minat nak tulis apa ada dalam hati..tawakal saja supaya dijauhkan daripada orang yang dengki sakit hati dengan hidup orang lain..bak kata Horatio..

“u did your job..let see how i do mine” lebih kurang begitulah ayat dia saya tak ingat..haha..macam takde kene mengena saje.. 

baiklah..move on..

hari-hari saya sekarang sangat indah..i am blessed with loving husband and family..di tambah-tambah dengan kehadiran nephews..perhatikan ade S dibelakang nephew maknanya ramai sudah nephew saya..

pertama ialah Afiq Harris Saifuddin..beliau ini budak handsome..ye, dia handsome..tiap kali balik lepas berjumpa beliau akan jadi rindu-rinduan..sekarang dia sudah pandai ketawa menggelegak macam sampai tersedak-sedak sebab kelakar sangat ke hape..setiap hujung minggu pun akan paksa mak dia berjumpa di mana² atau paksa mak dia buka rumah sebab kami nak datang tengok Afiq..

kedua ialah Aaron Ridzky..ini anak buah sebelah suami..Aaron adalah sangat dekat dengan saya..maksudnya, mummy Aaron itu best friend dan juga biras saya..hari² kami akan lepak bersama dan kdg2 akan merasa tendangan2 Aaron di perut mummy nye..hari² Aaron dengar suara saya dan aunties dia yang lain bising2 dengan mummy dia..saya harap Aaron akan terus ingat suara² kami..

ayah saya sudah berumur 57 tahun pada 2 Dis yang lalu..tahun ini best kerana ayah dapat celebrate dengan cucu dan sudah bergelar atok! boleh nampak ayah sgt happy..do’a saya selalu untuk ayah supaya beliau sentiasa sihat, bahagia di samping kami semua..sentiasa dirahmati Allah, umur yang berkat..i love u very strong ayah..thanks for everything..rasanya macam tak boleh nak list dekat sini semua pengorbanan beliau..kalo list sudah pasti air mata berjurai-jurai..ini pon dah rasa nak terkeluar, ku tahan jebat!!

ok baik stop..dah touching sangat..

afiq with atok n nenek

 

aaron ridzky with mummy!! *credit to mnr photography for the pic*

banyak yang saya dah ketinggalan..kelahiran puteri nurul dan rakan² bloggers yang dah selamat berumah tangga..tahniah ye semua..

may Allah bless us all..

benci ah kena tinggal sorang² di rumah..tak suka!!tapi tak mengapalah, demi ‘so far so good’ isteri relakan suami nya keluar sekejap..

benci lagi ah..kenapa tinggal 3 hari saja lagi nak beraya kena buat kerja semua segala macam lagi? mood dah tarak ni..dah teringat ingat kampung halaman nun jauh di mata..ahahaha jauh sangat la gombak ngan setapak tu..ni apsal semua klinik nak tutup di hari raya? kena bagi email kat semua staff pula Pemberitahuan : Klinik-klinik Tutup..kalau sakit sila terus menuju ke hospital..atau klinik setia! ahahaha, benci..

ok, kenapa entry hari ni macam ni?..

 

cerita plan beraya suami-isteri

 

cuti pun tak lama memandangkan suami isteri dua² pun orang “Kolumpo”..takda istilah gaduh nak raya kat mana dulu..selang sejam pun boleh lari² balik rumah mak masing²..nenek, makcik, sedara mara semua pun satu kampung..senang keje!!tak dinafikan pertama kali nak beraya sebagai isteri orang ni perasaannya lain macam..teruja, terharu, gumbira, sedih semua pun ada..tak sabar nak cium tangan suami di pagi hari raya..nak mintak ampun sebab selalu je melawan cakap dia, degil betul ni..pastu nak paksa dia bagi duit raya kat saya!!hihihi…

raya kedua maybe balik kuala selangor..tempat jatuh lagi kan di kenang, inikan pula tempat main kejar² ngan angsa, kutip buah koko dan naik basikal tua..tskk, sedey..

raya ketiga dan keempat, tiada perancangan..mungkin beraya di rumah rakan² serta sedara mara berdekatan..besar kemungkinan rumah puan ajeni mama iqbal..mak dia masak mihun sup sedap!

raya kelima dan enam..KERJA!! *__*

hujung minggu sabtu dan ahad Insya’Allah bergerak gerak khas ke Grik..ini kampung FIL..buat pertama kali akan menjejak kaki ke sana..teruja!

plan untuk seminggu dulu..raya² minggu seterusnya belum tau lagi..

dengan ini, di kesempatan ini saya mahu mengucapkan..

“Salam Aidilfitri buat semua..maaf zahir dan batin”

mudah-mudahan amalan dalam bulan Ramadhan diberkati, mudah-mudahan Allah panjangkan usia bertemu Ramadhan tahun depan..Insya’Allah.. 

 

salam sayang,

wifey mr.pablo..

 

eh, belum nk signing off..nak tempek gambar sat..

ini iftar terkahir di luar..bersama bff..dan juga hubby memasing..sedikit menyeringai sebab terlampau happy..

IMG 040edtd

*the wifey and mummy-to-be*

IMG 044edtd

*the husband and papa-to-be*

ok, sekarang nak signing off..ini siries!..tata..

 

salam mesra,

wifey mr. pablo

 

tadi dalam perjalanan ke tempat kerja, seperti biasa dengar hot fm..topik hot chat pagi ini ialah kejadian 09.09.09..pendengar boleh call dan cerita apa pengalaman istimewa mereka semalam..memandangkan semalam tarikhnya sangat cantik dan sekali seumur hidup..

ok..saya pun ada cerita istimewa juga..tapi memandangkan tak berani dan malu serta segan melampau-lampau nak call hot fm, jadi cerita sajalah di blog..hihi..

semalam suami ambil pulang kerja awal (jarang dapat pulang awal…selalunya dia kerja lebih masa) hati ni gembira memang tak boleh nak kata lagi dah..dapat call saja terus kemas-kemas dan excited naik kereta..duduk-duduk je mulut dah mula bercerita kejadian-kejadian yang berlaku sepanjang satu hari di office..tengah² excited tu, terkesima sekejap..

“aik, asal lalu jalan ni..ni bukan jalan balik rumah”  tanya isteri..

tanpa memandang isterinya, suami jawab “pergi rumah amin..dia mintak tolong tengok kan pc dia”

ok…dalam hati sudah ada rasa tak berapa best! tapi masih diam dan mula dah macam start nak muncung²..pelik!asal suami macam tak rasa bersalah buat plan tak bagitau isteri ni?..takpe, takpe..

lagi pelik bila dia lalu jalan yang takda kene mengena nak pergi rumah cousin dia itu..ini sudah musykil..

“nak pergi mana sebenarnya ni” isteri dia dah mula buat soal siasat..

tapi mula tersenyum dan gelak sorang² bila masuk jalan ampang dan nampak great eastern mall di depan mata..tettttt!!saya kena tipu dengan suami…rupanya agenda beliau nak buat surprise untuk isteri..hihi..

kami berbuka di Cozy House Great Eastern Mall..restoran ni bersejarah..Ramadhan tahun lepas, kami berbuka bersama di sini..langkah pertama yang akhirnya membawa kami ke jinjang pelamin..surprise semalam kiranya menyambut ulangtahun pertama perkenalan kami..saya sangat gembira walaupun kena gelak sebab banyak kali tertipu.

pesanan untuk suami : takpe, takpe..ada ubi ada batas, jangan sampai satu hari nanti awak dapat panggilan hangit!!hehehe


When is my wedding
Wedding Ticker from WhenIsMyWedding.com

.::MNR Wedding Photography::.